balaiprint sampul duit raya 01

KOLEKSI SAMPUL RAYA – 10 TEMA POPULAR 2022

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Bagi organisasi perniagaan, masing-masing pasti sedang berkira-kira untuk menempah sampul duit raya sebagai bahan pemasaran dan “branding”.

“Sampul duit raya penting bagi mereka kerana, selain digunakan sebagai medium pemasaran, ianya dapat memberi gambaran dan imej yang baik untuk sesebuah perniagaan”

Pelbagai pilihan tema design sampul duit raya yang boleh dipilih. Di sini kami senaraikan 10 tema sampul raya yang sering menjadi pilihan pelanggan :-

1. Sampul Duit Raya Tema Klasik

Walaupun tema hipster menjadi tema pilihan masa kini, namun tema klasik juga masih mempunyai peminatnya sendiri. Design yang dihasilkan dengan menggunakan ikon seperti ketupat, lemang, pelita, masjid dan sebagainya mampu menggamit kenangan berhari raya bersama keluarga.

Tempah Sekarang

2. Sampul Duit Raya Tema Hipster

Tema hipster kebiasaannya menjadi pilihan golongan muda selari dengan citarasa moden mereka. Design yang unik menjadi pilihan untuk menampakkan kelainan dan keunikan mereka tersendiri.

Tempah Sekarang

3. Sampul Duit Raya Tema Islamik

Sampul raya bercirikan islamik juga tidak ketinggalan dan sering menjadi pilihan. Mood islamik yang dimasukkan ke dalam setiap design menjadikan ia lebih dekat dengan jiwa kita.

Tempah Sekarang

4. Sampul Duit Raya Tema Tropikal

Tema yang boleh dikatakan sedang hangat untuk tahun ini iaitu tema tropikal. Gambaran pokok, dedaun atau serangga dan unggas juga boleh diolah menjadi satu design yang menarik dan lain dari yang lain.

Tempah Sekarang

5. Sampul Duit Raya Tema Flora

Sama seperti tema tropikal, tema flora atau bunga-bungaan paling digemari terutama bagi mereka yang menjalankan perniagaan yang melibatkan wanita seperti fesyen dan kosmetik.

Tempah Sekarang

6. Sampul Duit Raya Tema Minimalis

Tema minimalis amat bersesuaian bagi mereka yang menggemari design yang ringkas. Kata orang less is more!

Tempah Sekarang

7. Sampul Duit Raya Tema Moden

Tema moden seringkali menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menggambarkan sesuatu yang profesional dan ringkas. Ianya sesuai untuk memberikan gambaran yang jelas tentang sesuatu perniagaan yang mereka jalankan.

Tempah Sekarang

8. Sampul Duit Raya Tema Abstrak

Terdapat pelbagai jenis corak boleh diolah untuk menghasilkan design abstrak. Corak seperti geometri, bulatan, garisan dan contengan jika diolah dengan baik pasti akan memberikan hasil yang tidak kurang hebatnya.

Tempah Sekarang

9. Sampul Duit Raya Tema Kartun

Sesuai dengan mood hari raya yang menggambarkan kegembiraan dan keceriaan, tema kartun juga mempunyai peminat yang tersendiri.

Tempah Sekarang

10. Sampul Duit Raya Tema Batik

Tema yang tidak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Gabungan dari corak flora, fauna dan abstrak diolah menjadi motif batik, memberikan kelainan pada setiap design. 

Customer Review

Review Rating 02
Review Rating 01
Review Rating 03
Review Rating 05
Review Rating 06
Review Rating 07