SAMPUL DUIT RAYA KNP KENA TEMPAH 01

KOLEKSI SAMPUL RAYA – 4 SEBAB PERLU TEMPAH SAMPUL DUIT RAYA

Tidak dinafikan, pemberian duit raya pada musim perayaan telah menjadi budaya pada masa kini.

“Bukan hanya tertumpu pada satu-satu kaum sahaja, tetapi ianya telah menjadi kebiasaan kepada semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain”.

Cuba tanya diri anda, apakah sebab anda beri sampul raya kepada pelanggan anda? Kami senaraikan antara sebab-sebabnya di bawah:-

SAMPUL DUIT RAYA MARKETING 01

Medium Pemasaran

 

Sampul duit raya juga adalah salah satu medium pemasaran untuk mempromosi bisnes secara efektif.

 

Apabila anda memberi 1 pek duit raya, pelanggan anda mesti menggunakan sampul duit raya itu untuk diberikan kepada penerima sampul duit raya.

 

Secara tidak langsung jenama perniagaan anda telah tersebar dan meningkatkan kesedaran bakal pelanggan tentang kewujudan perniagaan anda.

SAMPUL DUIT RAYA MARKETING 02

Menguatkan Jenama (Brand)

 

Cuba bayangkan, apa yang berlaku bila sampul duit raya anda dilihat berkali-kali oleh pelanggan anda?

 

Perasan tak, jenama yang berkali-kali dilihat akan memberi kesan ingatan yang lebih lama berbanding jenama yang hanya sesekali dilihat.

 

Oleh itu, pastikan logo, nama dan maklumat perniagaan anda ditulis dengan jelas supaya mereka tahu kewujudan perniagaan anda.

SAMPUL DUIT RAYA MARKETING 03

Memberikan Imej Baik

 

Ia menunjukkan anda serius dengan perniagaan anda.

 

Selain itu, ia dapat membezakan antara anda dengan pesaing anda kerana tidak semua orang akan melakukan perkara yang sama dengan memberi sampul raya kepada pelanggan mereka.

 

Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan kepada perniagaan anda

SAMPUL DUIT RAYA MARKETING 04

Sebagai Hadiah Kepada Pelanggan

 

Realitinya semua orang suka hadiah atau freegift. Hadiah seperti sampul duit raya dapat menggembirakan hati pelanggan kita.

 

Kesannya hubungan antara pelanggan makin kukuh dan meningkatkan kepercayaan pada kita untuk urusan perniagaan.

 

Percayakah anda, andai kita jual barang yang lain pun, pelanggan tetap juga nak beli dengan kita sebab jalinan ukhwah yang telah terbina.

Tempah Sekarang