LABEL STICKER – MATERIAL STICKER PALING POPULAR

Sebelum membuat pilihan material sticker mengikut kegunaan, sangat penting bagi pelanggan memahami terlebih dahulu jenis material sticker yang akan digunakan sebelum membuat tempahan.

Jika produk anda adalah produk sejuk beku “frozen”, produk dapur atau produk mandian yang banyak terdedah kepada air, anda memerlukan sticker jenis kalis air supaya sticker tak mudah koyak dan luntur warna apabila terkena air.

Terdapat beberapa jenis material sticker & kegunaan tersendiri. Mari kami huraikan.

STICKER MIRRORKOTE

Material Sticker Mirrorkote berasaskan kertas yang berkilat dan sering digunakan untuk sticker produk dan sticker “doorgift”. Di kategorikan sebagai sticker “semi waterproof”. Sebagai contoh, untuk penggunaan di cawan plastik ice blended, boleh digunakan dan warna tidak luntur walaupun sudah terkena air.

Ini disebabkan dakwat cetakan adalah waterproof. Sesuai digunakan untuk label produk kesihatan, kosmetik, F&B dan lain produk pada permukaan rata & licin.

Contoh produk yang menggunakan material Sticker Mirrorkote seperti botol minyak masak, botol kicap, botol sos dan tin susu

Tempah Sekarang!

STICKER PP WHITE

Material Sticker PP White diperbuat daripada plastik. Material ini lebih nipis dan tahan pada air (boleh rendam) dan tidak mudah koyak bila ditarik. Sticker White PP sesuai digunakan untuk label produk sejuk beku (frozen). Sesuai untuk semua penggunaan pada produk.

Contoh produk yang menggunakan material Sticker PP White seperti botol shampo, botol kosmetik & botol gel sabun

Tempah Sekarang!

STICKER PP Transparent

Material Sticker PP Transparent merupakan sticker lutsinar. Sticker PP Transparent adalah jenis sticker waterproof dan boleh digunakan untuk produk sejuk beku (frozen). Sticker PP Transparent nampak lebih eksklusif.

Pelanggan perlu berhati-hati bila memilih sticker jenis ini kerana bekas yang digunakan juga memainkan peranan untuk menampakkan sticker ini lebih menonjol. Kebiasaanya Sticker PP Transparent jenis ini digunakan pada botol.

Contoh produk yang menggunakan material Sticker PP Transparent seperti botol shampo, botol kosmetik & botol gel sabun

Tempah Sekarang!

STICKER PVC WHITE

Material Sticker PVC White merupakan sticker jenis plastik. Sticker PVC White adalah jenis sticker waterproof dan boleh digunakan untuk “indoor & outdoor”. Sticker PVC White material ini lebih tebal dari sticker yang lain.

Kelebihan Sticker PVC White boleh dicetak pada saiz yang besar & ketahan sticker lebih dari 3 tahun. Kebiasaanya Sticker PVC White digunakan secara komersial seperti sticker kenderaan, wallsticker pada dinding & produk.

Tempah Sekarang!

STICKER PVC TRANSPARENT

Material Sticker PVC Transparent merupakan sticker jenis plastik. Sticker PVC White adalah jenis sticker waterproof dan boleh digunakan untuk “indoor & outdoor”.

Sticker PVC Transparent material ini lebih tebal dari sticker yang lain. Kelebihan Sticker PVC Transparent boleh dicetak pada saiz yang besar & ketahanan sticker lebih dari 3 tahun.

Kenapa perlu tempah sticker di balaiprint.com?

• Berpengalaman lebih 10 tahun
• Menggunakan teknologi mesin pencetak terkini
• Pelbagai Jenis Material Sticker Seperti Sticker Mirrorkote, Sticker PP White, Sticker PP Transparent, Sticker PVC White & Sticker PVC Transparent
• Kualiti cetakan warna yang cantik & kalis air
• Menyediakan “Readymade Design” percuma untuk pelanggan
• Tawaran harga yang berbaloi mengikut saiz, kuantiti dan material

 

Koleksi design sticker terbaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *