JENIS JENIS STICKER 01 01

LABEL STICKER – MATERIAL STICKER PALING POPULAR

Sebelum membuat tempahan label sticker produk, sangat penting bagi pelanggan memahami terlebih dahulu jenis-jenis material sticker yang akan digunakan pada bekas atau produk anda.

Jika produk anda adalah jenis produk sejuk beku “frozen”, produk dapur atau produk mandian yang banyak terdedah kepada air, anda memerlukan material sticker jenis kalis air supaya sticker tidak mudah koyak dan luntur warna apabila terkena air atau direndam dalam air.

Terdapat beberapa jenis material sticker & kegunaan tersendiri. Mari kami huraikan.

 

STICKER MIRRORKOTE

Material jenis “Sticker Mirrorcoat” berasaskan dari bahan kertas, mempunyai permukaan yang berkilat dan sering digunakan untuk pelbagai sticker produk dan sticker “doorgift”.

Di kategorikan sebagai sticker “semi waterproof”. Sebagai contoh, untuk penggunaan di cawan plastik ice blended, boleh digunakan dan warna tidak luntur walaupun terkena air.

Ini disebabkan dakwat cetakan adalah waterproof. Sesuai digunakan untuk label produk kesihatan, kosmetik, F&B dan lain produk pada permukaan rata & licin. Kelemahan Sticker Mirrorcoat tidak sesuai direndam di dalam air

Contoh produk yang menggunakan material Sticker Mirrorcoat seperti botol minyak masak, botol kicap, botol sos dan tin susu

Tempah Sekarang!
STICKER PP WHITE

Jenis Material Sticker PP White, berasaskan daripada bahan plastik. Material ini lebih nipis berbanding PVC Sticker.

Antara Kelebihan Sticker PP White ialah ketahan apabila direndam di dalam air dan tidak mudah koyak.

Sticker White PP sesuai digunakan untuk label produk sejuk beku (frozen). Sesuai untuk semua jenis penggunaan pada produk.

Contoh produk yang menggunakan material Sticker PP White seperti botol shampo, botol kosmetik & botol gel sabun

Tempah Sekarang!
STICKER PP TRANSPARENT

Jenis Material Sticker PP Transparent, berasaskan daripada bahan plastik. Material ini lebih nipis berbanding PVC Sticker.

Sticker  Transparent atau sticker lutsinar nampak lebih eksklusif apabila ditampal pada produk

Pelanggan perlu berhati-hati apabila memilih sticker transparent, ini kerana sticker transparent tidak sesuai untuk permukaan gelap. Kebiasaanya Sticker PP Transparent digunakan pada cerah & terang.

Contoh produk yang menggunakan material Sticker PP Transparent seperti botol shampo, botol kosmetik & botol gel sabun

Tempah Sekarang!
STICKER PVC WHITE

Material Sticker PVC White merupakan sticker jenis plastik. Sticker PVC White adalah jenis sticker waterproof dan boleh digunakan untuk “indoor & outdoor”. Sticker PVC White material ini lebih tebal dari sticker yang lain.

Kelebihan Sticker PVC White boleh dicetak pada saiz yang besar & ketahan sticker lebih dari 3 tahun. Kebiasaanya Sticker PVC White digunakan secara komersial seperti sticker kenderaan, wallsticker pada dinding & produk.

Tempah Sekarang!
Wall Glass Sticker

Material Sticker PVC Transparent merupakan sticker jenis plastik. Sticker PVC White adalah jenis sticker waterproof dan boleh digunakan untuk “indoor & outdoor”.

Sticker PVC Transparent material ini lebih tebal dari sticker yang lain. Kelebihan Sticker PVC Transparent boleh dicetak pada saiz yang besar & ketahanan sticker lebih dari 3 tahun.

KELEBIHAN BALAIPRINT

  • Berpengalaman lebih 10 tahun
  • Menggunakan teknologi mesin pencetak terkini
  • Kualiti cetakan warna yang cantik & kalis air
  • Menyediakan “Readymade Design” percuma untuk pelanggan
  • Tawaran harga yang berbaloi mengikut saiz, kuantiti dan material
DESIGN TERBAHARU

 

Customer Review

Review Rating 02
Review Rating 01
Review Rating 03
Review Rating 05
Review Rating 06
Review Rating 07