TIPS – PERSEDIAAN IBU BAPA BILA ANAK MASUK DARJAH 1 2021-2022

Memulakan persekolahan bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk kanak-kanak apatah lagi bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.

Bermacam perkara yang bermain di fikiran mereka memandangkan mereka perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang-orang yang baru.

Begitu juga dengan kita sebagai ibu bapa, pasti teruja untuk menghantar anak-anak pertama kali ke sekolah. Walaupun dalam masa yang sama perasaan berdebar dan risau turut bermain di fikiran.

Risau bila memikirkan bagaimana anak-anak perlu menguruskan diri mereka sendiri bila berada di sekolah. Lebih merisaukan di saat negara dilanda pandemik Covid-19 membuatkan ibu bapa lebih bimbang.

Bagaimana anak-anak kecil ini dapat menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran dan norma baru di sekolah?

Dapatkah mereka mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah? Mampukah guru-guru memantau beratus murid dalam satu-satu masa?

Pelbagai persoalan pasti bermain di fikiran ibu bapa yang pertama kali akan menghantar anak ke sekolah. Itu perkara normal, sesiapa pun pasti akan merasa risau lebih-lebih lagi bila ia melibatkan keselamatan anak-anak.

Jadi, mari kita lihat apa yang ibu bapa perlu lakukan ketika pertama kali menghantar anak-anak ke sekolah pada waktu pandemik Covid-19 ini?

1) Memupuk Kesedaran Dan Kefahaman Berkaitan Jangkitan Covid-19

Ajar dan jelaskan kepada anak-anak apakah itu Covid-19 dan bagaimana cara ia boleh menjangkiti seseorang. Jelaskan juga mengenai langkah pencegahan yang mampu dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan serta langkah yang perlu dilakukan jika mereka atau rakan lain rasa kurang sihat.

Bekalkan kepada mereka topeng muka, hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman, tisu dan tisu basah untuk kegunaan mereka semasa di sekolah. Ajar mereka cara yang betul menggunakan barang-barang tersebut.

 Sumber : www.beritaharian.sg

Tempah Sticker Sekarang

2) Ajar Anak Mengenai Kepentingan Penjarakan Sosial

Jika sebelum ini, ibu bapa yang akan belikan jika anak inginkan sesuatu. Tetapi bila di sekolah anak-anak akan belajar bagaimana untuk membeli sesuatu yang mereka inginkan.

Ada anak-anak darjah 1 yang rasa kekok buat pertama kali untuk membeli di kantin. Tidak mengapa, ajar mereka perlahan-lahan.

Masa inilah mereka perlu tahu bezakan not wang itu. Lama kelamaan mereka akan membiasakan diri mereka dengan situasi ini.

Jangan terkejut, jika selepas ini kedai buku sekolah akan menjadi tempat shopping mereka pula!

   Sumber : website

3) Sediakan Bekal Makanan Dan Minuman

Ibu bapa disarankan menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak-anak bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin sekolah.

Bekalkan mereka dengan makanan sihat yang lengkap dengan sumber protein dan tenaga. Ibu bapa juga boleh membuat pesanan makanan dari guru kelas anak masing-masing.

Pastikan ibu bapa sentiasa cakna dengan sebarang maklumat yang diberi oleh guru kelas dari semasa ke semasa.

Pastikan juga anak-anak mengambil sarapan yang sesuai sebelum ke sekolah. Nasihati anak-anak agar tidak berkongsi makanan dan minuman mereka dengan rakan-rakan yang lain.

Sumber : sirap limau

4) Didik Anak Amalan Batuk Dan Bersin Yang Betul

Diri kita tidak boleh dielakkan daripada batuk dan bersin, tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul. Ajar anak tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk dan bersin.

Pesan pada mereka untuk buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dengan serta-merta.

Jika tidak ada tisu atau sapu tangan, gunakan tangan untuk menutup hidung serta mulut apabila bersin atau batuk kemudian cuci tangan dengan bersih selepas itu.

www.freepik.com

5. Sentiasa Ingatkan Anak Untuk Patuh SOP

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengingatkan anak-anak mengenai kepentingan mematuhi SOP.

Menjaga jarak sosial, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan sabun serta elak menyentuh muka dengan tangan.

Mereka perlu sentiasa diingatkan supaya mereka faham betapa pentingnya mematuhi SOP dan menjaga kebersihan bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Sumber : website

6. Sediakan Peralatan Sekolah Secukupnya.

Selain memastikan persediaan mental dan fizikal anak-anak berada dalam keadaan yang cukup bersedia, ibu bapa juga perlu menyediakan pakaian dan alat tulis yang secukupnya untuk anak-anak.

Jangan lupa untuk melabel semua kelengkapan seperti, alat tulis, buku, pakaian serta bekas makanan mereka.

Oleh itu, benda “wajib” yang patut ada ialah STICKER. Nampak remeh bukan? Tetapi ia amat memudahkan ibu bapa, anak dan juga guru mereka.

Maklum sahaja, mereka baru memasuki darjah 1, masih belum pandai untuk menjaga barang sendiri.

Dengan adanya sticker pada barang mereka, masalah kehilangan barang pasti tidak akan berulang.

Okay..Inilah sedikit tips yang dapat kami kongsi sebagai panduan kepada ibu bapa yang pertama kali menghantar anak darjah 1 ke sekolah.

Ibu bapa jangan terlebih risau okay? In sha Allah, anak-anak akan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah mereka. Kids learn faster than adults tau!

Jumpa lagi!

KOLEKSI STICKER NAMA

Sale!

Sticker Sekolah

Sticker Nama Iron On

RM35.00 RM25.00
Sale!

Sticker Sekolah

Sticker Hari

RM14.00 RM6.00

Sticker Sekolah

Sticker Buku Tulis

RM10.00